Thursday, June 7, 2012

Kenyataan .

Assalamualaikum .


" betul ke kau nak stay ni , ngah ? "
" entahlah , mak . doakanlah angah tetap hati . taklah nanti angah susahkan mak pulak "


Hmmm ... senang cerita , aku dah sah jadi  murid SEKOLAH semula . Haha . Cikgu Form 6 aku tu cakap ada bezanya ' pelajar ' dengan ' murid ' tu . Entah apa yang membuatkan keduanya berbeza , aku pun tak berapa pasti . 


Kejap . I'd spot something different in my writing . Macam ... agak formal . Haha . Ni sah pengaruh baca novel banyak sangat . 


Eh , tapi betullah . Ingat tak lagi post aku yang before ni , yang aku cakap aku nak masuk Form 6 tu ? Ha , ingat tak ? Ye , itulah yang aku sibuk nak meng-hapdate blog ni . Aku nak menunjukkan bukti sah yang aku dah jadi MU.RID SE.KO.LAH. Again .




" See ? "
" Oh , I see . "


Ya , jadi aku nekad lepas ni aku nak stay kat Form 6 ni . Tak kiralah apa orang lain cakap . 


" Lah , Form 6 jek ? "
" Hahhaha . Kenapalah kau ni bodoh sangat nak masuk Form 6 tu ? Agak dah tak sangat ke tempat untuk kau ? Haih , kesian aku nengokkan kau . Hahhaha . "


Tak pelah . Aku kira diorang tu semua masih tak tahu kebaikan Form 6 . Sebenarnya , masuk Form 6 ni tak payah nak bayar banyak sangat pun . Cuma kena bayar yuran pendaftaran jek . Kalau korang stay hostel , kena bayar yuran pendaftaran asrama dengan yuran makan jek . Kalau nak beli buku , dapat Baucer 1Malaysia tu . Hah , apa yang susah nya ? Lagipun , masa nak sambung degree nanti budak STPM jugak yang akan diutamakan dulu . Haih , punyalah untung takkan tak nampak lagi . Lagipun , start tahun ni sistem pembelajaran dah tukar . Ikut macam universiti punya cara . Tak bawak semua chapter ke hujung sem , cuma bawak pointer jek ke hujung sem tu . 


Lahai , apa lagi yang nak ? Belajar , ada orang tolong support . Nak masuk uni nanti , diutamakan . Lagi , nak belajar sekarang pun dah dipermudahkan . Apa lagi yang tinggal ?


Apa , kalau dah habis SPM tu memang pantang ke nak balik semula tempat belajar korang dulu ? Apa , memang pantang nak duduk belajar kat SEKOLAH semula ke ? Apa , buruk sangat ke kalau masuk Form 6 tu ? Apa , kau ingat glamour sangat ke kau belajar kat uni tu ? 


Apa ? Apa ? Apa ?


Huh ! 


Kawan-kawan , jadilah manusia yang berguna . Dimana pun korang duduk , menetap , bermastautin ke hapa , tetapkanlah niat korang tu . Niat NAK BELAJAR . 


Nabi pun cakap , kan ?
Innamal a'malu binniyat .
Setiap amalan itu bermula daripada niat .


Jadi , kalau dah sampai hajat nak masuk universiti ke , matrik ke , politeknik ke , Form 6 ke(macam saya ni..hehe) , niatlah nak belajar sungguh-sungguh . Sebab , Malaysia ni kekurangan pekerja yang mahir dan betul-betul berkelayakan . Kalau berkelayakan pun , tak berdedikasi , tak berdisiplin .


Orang dulu-dulu pun ada cakap , kan ?
'kalau nak tengok kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi remajanya pada masa semasa '


Selaku wargenegara yang sah , mestilah kita nak negara kita ni mencapai tahap MAJU GIGA , kan ?


Dah tu , kita-kita ni mestilah kena BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH !


Faham ? Jangan hampakan mak ayah kita .

Sunday, June 3, 2012

Exactly :)

Aku lihat dia di sana 
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara 
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mula bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia , mendekati diriku 
Hatiku rasa sesuatu 
Bila dia senyum pada diriku 
Hatiku rasa tak menentu 

Kekadang hatiku bertanya 
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia 
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku , hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku 
Hatiku rasa tak menentu 
Mungkinkah aku , kan berjumpa dengannya 
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku , kan berdiam diri sahaja
Menunggu cinta darinya

Kuterima satu nota , darimu 
Yang tertulis " Aku suka kamu "
Bila dia mendekati diriku , hatiku rasa sesuatu 
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini , kukan mampu ceria 
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini , aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya 
" AKU SUKA DIA "

p/s: aku rasa yang exactly-nya tu , cuma beberapa baris jek . jangan salah anggap ye :)