Hai , awak .
Saya ada seorang kawan . Tapi , saya taknak mention nama dia kat sini sebab saya taknak dia atau orang lain mention nama saya jugak bila mereka buat macam ni pada saya .
Dulu , saya baik dengan dia . Tapi , takde lah baik macam saya baik dengan Kaklong saya tu . Tujuan saya baik dengan dia pun sebab saya nak suruh dia belajar . Takde niat lain pun . Taktau lah kalau kalau dia yang terasa . Maaflah .
![]() |
| Gambar ni baru jek lagi . Tak lama mana pun . Tapi sekarang saya dan dia dah tak kawan lagi . Yang pakai tudung macam Anak Latipp tu , Kaklong saya . Omey tak ? Yang bercekak pinggang tu 'dia' . |
Saya taktau kenapa dia marah sangat kat saya . Dia ada suka mamat sorang ni . Since dia baik dengan saya , saya pun baik jugak dengan mamat tu , dengan kawan dia . Pun sebab nak tarik diorang belajar jugak sebab pointer masing-masing dah macam nak terjun laut dah . Takkan taknak tolong kawan , kan ? Nama mamat tu Muhd Asbi . Nama kawan dia tu Nurul Fatihah , awek yang pakai shawl maroon tu . Omey , kan ?
![]() |
| Gambar ni masa kitorang ada lawatan pergi ILP Bukit Katil haritu . Sebelah saya tu , Bi saya :) *Asbi ye , BUKAN 'Bi saya' yang maksud lain tu tau ! |
Saya baik jugaklah dengan Bi sebab saya nak bebeeeeeel puas puas kat dia bila dia tak belajar . Macam tu jugak dengan Teha tu . Taktau apa masalah dia dengan Bi sampaikan bila Bi dengan Teha datang malam nak study sama sama dengan saya , dengan Kaklong , dia sanggup taknak datang belajar sekali just semata mata sebab Bi dengan Teha ada sekali malam tu .
Tak paham betul dengan dia . Kawan punya kawan dengan dia , saya ni dah kena jadik macam orang tengah . Saya kawan baik dengan Bi dengan Teha dan dengan dia sebab nak tau cerita dari kedua dua pihak . Bukan nak sebelahkan siapa siapa .
Tapi , sebagai manusia . Mana mana orang pun akan cari kawan yang suits to yourself , kan ? Bila tengok tengok balik , dengar dengar balik , timbang timbang balik , saya rasa dia yang salah . Bukan Bi , bukan Teha . Maaflah . Ini apa yang saya nampak figuratively and literally .
Mungkin saya pun ada salah dalam hal ni . Tapi , saya dah cakap awal awal dengan dia tujuan saya tarik Bi dengan Teha kawan dengan saya . Hanya untuk suruh diorang BELAJAR !
Saya takde niat pun nak tackle ex-crush dia tu . Even saya ni orang bujang dalam kelas tu , saya tak terfikir langsung nak buat macam tu . Memang . Lepas saya dengan dia KURANG bertegur , saya tarik meja dia , Teha dengan SI . Cantum buat Jambatan Pulau Pinang sepanjang panjang alam kat barisan depan kelas tu sebab kitorang rakyat Barisan Depan tu nak BELAJAR !
Dah macam macam cara saya buat , nak baikkan diorang semula , taknak diorang gaduh gaduh lagi . Tapi , kalau hati dia sendiri deny all those thing that I've done for her , I couldn't say anything again afterwards . Betul tak ?
Disebabkan STPM dah nak dekat sangat sangat nni , lepas ni kalau dia buat hal lagi memang akan diBIARKAN sahaja . Maaflah . Kami ni ada benda lain yang lebih penting untuk dibuat , ada hati sendiri jugak yang nak dijaga . Bukan hati dan diri dia jek yang kami kami ni nak jaga .
![]() |
| Lepas ni , mungkin muka dia dah takde atau dah kurang dalam syot yang ada muka kami ni . |
Kawan , aku tak ambil kawan kawan kau . Kalau kau nak berkawan dengan orang lain , YOU have to make a MOVE . bukan orang yang kau nak kawan tu . Aku rasa kau takkan baca aku punya blog ni sebab aku rasa aku takde bagik link kat kau . Tapi , kalau kau dapat baca entry ni , lagi bagus . Sebab aku rasa aku dah takde hati LANGSUNG nak bercakap dengan kau . Lepas ni it's all depends on you in how you manage your feel to live your life .





