Saturday, November 17, 2012

Mine

Assalamualaikum . 

Wanna tell ya , these are MINE :)



Seriously , aku rinduuuuuuu gila dengan JAM BIRU aku tu :'( Bila nak habis cuti sekolah ? Kalau dapat nampak kejap pun jadilah .

Kehadapan jam biru saya ,
Tuan kau ni rinduuu sangat dengan kau . Bilalah nak habis cuti sekolah ? Kalau dapat nampak kejap pun jadilah *ulang ayat tu sampai lebam 

Sekian , terima kasih :'(

Sebenarnya nak suruh buat apa ?

Assalamualaikum .

Buat masa ni , aku rindu 3 manusia ni .

Top chart queen goes to , Nurul Fatihah Bt Yunus :)

Si-mangkuk-sengal-yang-menimbulkan-kekeliruan-dalam-mendownload-application-di-phone , Muhd Asbi b Arbak

Dan ,

Nur Adillah Arifah Binti Nazri
Kaklong saya :)

Cuti sekolah baru mula . Well , saya budak sekolah lagi . Tu sebab nama cuti hujung tahun tu still nama CUTI SEKOLAH . Heheh . Jealous ? Sila :)

Aku takde benda nak cerita . Disebabkan mangkuk sengal ni dah menyakitkan hati aku dengan meletakkan beberapa kekeliruan dalam men-download beberapa application kat phone aku , jadik aku nak menceritak kesengalan beliau (Muhd Asbi b Arbak) di sini . Harap dijadikan pengajaran ye , kawan kawan semua .


Aku tanya macam tu sebab memula beliau dengan Teha ajak aku buat Iminggle tu . Tapi , aku tak reti :)



Jangan gelakkan aku kalau aku tanya macam tu sebab aku memang macam tu , jujur tak bertempat kalau aku taktau .




Sakit hati tak ????



Agak agak kalau aku cakap macam tu kat korang , korang rasa macam nak bagik tapak tak ? Sakit hati kan ?

Sungguhlah aku sakit hati dengan beliau yang menimbulkan kekeliruan ni . Rasa macam nak bagik tapak time tu jugak . Aku taktau lah macam mana Teha boleh tahan layan kawan dia yang loyar buruk amat ni . Kengkadang aku tensen jugak nak melayan kawan macam beliau yang sungguh menyakitkan hati tu . Tapi , apa boleh buat . Kalau takde kawan yang menyakitkan hati , takde kawan yang menyenangkan hati , takde lah hidup kita ni riang ria raya semacam kan ? Itu baru cukup hidup namanya :)  





Tuesday, October 23, 2012

She is NOT supposely like that .

Assalamualaikum .

Hai , awak . 
Saya ada seorang kawan . Tapi , saya taknak mention nama dia kat sini sebab saya taknak dia atau orang lain mention nama saya jugak bila mereka buat macam ni pada saya . 

Dulu , saya baik dengan dia . Tapi , takde lah baik macam saya baik dengan Kaklong saya tu . Tujuan saya baik dengan dia pun sebab saya nak suruh dia belajar . Takde niat lain pun . Taktau lah kalau kalau dia yang terasa . Maaflah .

Gambar ni baru jek lagi . Tak lama mana pun . Tapi sekarang saya dan dia dah tak kawan lagi . Yang pakai tudung macam Anak Latipp tu , Kaklong saya . Omey tak ? Yang bercekak pinggang tu 'dia' .
Saya taktau kenapa dia marah sangat kat saya . Dia ada suka mamat sorang ni . Since dia baik dengan saya , saya pun baik jugak dengan mamat tu , dengan kawan dia . Pun sebab nak tarik diorang belajar jugak sebab pointer masing-masing dah macam nak terjun laut dah . Takkan taknak tolong kawan , kan ? Nama mamat tu Muhd Asbi . Nama kawan dia tu Nurul Fatihah , awek yang pakai shawl maroon tu . Omey , kan ?

Gambar ni masa kitorang ada lawatan pergi ILP Bukit Katil haritu . Sebelah saya tu , Bi saya :) *Asbi ye , BUKAN 'Bi saya' yang maksud lain tu tau ! 

Saya baik jugaklah dengan Bi sebab saya nak bebeeeeeel puas puas kat dia bila dia tak belajar . Macam tu jugak dengan Teha tu . Taktau apa masalah dia dengan Bi sampaikan bila Bi dengan Teha datang malam nak study sama sama dengan saya , dengan Kaklong , dia sanggup taknak datang belajar sekali just semata mata sebab Bi dengan Teha ada sekali malam tu . 

Tak paham betul dengan dia . Kawan punya kawan dengan dia , saya ni dah kena jadik macam orang tengah . Saya kawan baik dengan Bi dengan Teha dan dengan dia sebab nak tau cerita dari kedua dua pihak . Bukan nak sebelahkan siapa siapa . 

Tapi , sebagai manusia . Mana mana orang pun akan cari kawan yang suits to yourself , kan ? Bila tengok tengok balik , dengar dengar balik , timbang timbang balik , saya rasa dia yang salah . Bukan Bi , bukan Teha . Maaflah . Ini apa yang saya nampak figuratively and literally .

Mungkin saya pun ada salah dalam hal ni . Tapi , saya dah cakap awal awal dengan dia tujuan saya tarik Bi dengan Teha kawan dengan saya . Hanya untuk suruh diorang BELAJAR ! 

Saya takde niat pun nak tackle ex-crush dia tu . Even saya ni orang bujang dalam kelas tu , saya tak terfikir langsung nak buat macam tu . Memang . Lepas saya dengan dia KURANG bertegur , saya tarik meja dia , Teha dengan SI . Cantum buat Jambatan Pulau Pinang sepanjang panjang alam kat barisan depan kelas tu sebab kitorang rakyat Barisan Depan tu nak BELAJAR !

Dah macam macam cara saya buat , nak baikkan diorang semula , taknak diorang gaduh gaduh lagi . Tapi , kalau hati dia sendiri deny all those thing that I've done for her , I couldn't say anything again afterwards . Betul tak ?

Disebabkan STPM dah nak dekat sangat sangat nni , lepas ni kalau dia buat hal lagi memang akan diBIARKAN sahaja . Maaflah . Kami ni ada benda lain yang lebih penting untuk dibuat , ada hati sendiri jugak yang nak dijaga . Bukan hati dan diri dia jek yang kami kami ni nak jaga . 

Lepas ni , mungkin muka dia dah takde atau dah kurang dalam syot yang ada muka kami ni .

Teha , Qiller dengan Bi . Masa Linda snap gambar ni , nampak sangat dia tarik muka sebab dia duduk depan kitorang . Maaflah kawan . Bukan saya yang ajak Bi awak tu untuk snap gambar dia dengan saya , dengan Teha .

Kawan , aku tak ambil kawan kawan kau . Kalau kau nak berkawan dengan orang lain , YOU have to make a MOVE . bukan orang yang kau nak kawan tu . Aku rasa kau takkan baca aku punya blog ni sebab aku rasa aku takde bagik link kat kau . Tapi , kalau kau dapat baca entry ni , lagi bagus . Sebab aku rasa aku dah takde hati LANGSUNG nak bercakap dengan kau . Lepas ni it's all depends on you in how you manage your feel to live your life . 

Tuesday, October 16, 2012

Them

 Assalamualaikum :)

*STPM -  19 days to go . 


Ni semua muka muka yang nak sit for STPM sistem baru ni . 

Mak selalu pesan , " Angah , mak hantar angah jauh jauh ni mak nak suruh angah belajar . Tau ? Angah takpayah sibukkan kawan kawan angah tu kalau diorang taknak belajar . Yang penting angah punya study sendiri . Faham ?"

Tapi , mak . Kalau angah tak care kan kawan kawan angah yang taknak belajar tu , nanti siapa yang nak tolong angah masa angah nak belajar ? Siapa yang nak bagik dorongan pada angah kalau angah dah rasa fed up to go forward on my studies ? Siapa , mak ? Kalau bukan kawan kawan angah , siapa lagi , mak ? 

Angah takde mak kat sisi angah sentiasa that I could lay on you any time that I fell need you . Angah taknak call mak selalu sebab I know how you busy to manage other's children sampaikan mak penat satu hari . Angah taknak susahkan mak kalau angah text mak semata mata sebab angah nak cakap yang angah tak dapat belajar haritu . 

Mak , disebabkan kawan kawan angah ada selalu dengan angah lah , angah study leklok kat sini . Disebabkan angah care kan kawan kawan lah , angah ada teman yang nak ajarkan angah bila angah tak faham subjek tu . Dan , disebabkan kawan kawanlah , angah ada dorongan nak belajar bila angah mula putus asa . 





cause i dont wanna alone 
living life all on my own 
i dont wanna live my life in isolation 
filled with EMPTY DECORATIONS 
cause i wanna be with people that i know 
who will do the things i do 
making all my dreams come true 
*empty decorations - indecsive

NUR A'QILAH  BINTI HJ JUHARI
NUR ADILLAH ARIFAH BINTI NAZRI
NURHIDAYANI BINTI MAZLAN
MAZLINDA BT OTHMAN 
SY SAKINAH BT SY ABDULLAH THANI
NORAZIRA BT AZRI
SITI NURAISHA NABILAH BT NORIZAN
NURUL FATIHAH BT YUNUS
SITI NUR ILY IZYAN BT MOHTAR
FARAH NABILAH BT ZULKIFLI
SITI SUHADAH BT BORHAN

MUHD SHAZNI B. SABRI
MUHD SHAFIQ B. RAHMAD
MUHD SYAFIQ B. ZAKARIAH
ZAFRI B. ZAINORDIN
MUHD FAIZ B. HAMDAN
MUHD ZULKARNAIN B. JAAFAR
MUHD ASBI B. MOHD ARBAK

#and the rest of the class . thanks a lot :)

Saturday, September 15, 2012

Awak , saya nak tegur sikit ni .

Assalamualaikum , awak .
Awak , sepanjang saya jadi kawan awak ni saya ada rasa kurang senang dengan beberapa sikap awak . Saya harap awak tak kecil hati dengan teguran saya ni nanti . Bolehkan , awak ?

Hmm , ni :-
*Awak , selama ni niat saya pergi sekolah tu sebab saya nak belajar . Saya taknak bazirkan masa saya , yang saya rasa begitu singkat untuk saya belajar , dengan dengar segala cerita awak . Bukan apa . Saya cuma rasa macam tak worth kalau masa masa saya kat sekolah dan asrama tu saya gunakan hanya untuk dengar hikayat awak  semata-mata . Maaflah kalau awak rasa saya ni biadap sebab saya cakap macam ni . Awak tahukan saya serius kalau saya nak belajar ? Saya harap awak faham .

*Saya nak cakap kat awak ni , tapi takut penyampaian saya salah sampai awak salah anggap .  Saya nak tegur awak . Awak , Allah suruh kita bersyukur dengan kurnian-Nya pada kita , bukan bangga , asyik nak memuji diri sendiri bila berkata-kata . Tawadhuk itu lebih baik .

*Kesalahan yang orang lain lakukan adalah cerminan kepada sikap kita , bukan ? Saya tak harap awak asyik condemn orang lain atas kesilapan diorang . Please take it as a teguran dari Allah , atas sebab mungkin kita sebagai hamba-Nya tak sedar kesilapan yang kita lakukan .

*Awak , saya tegur awak sebab saya nak awak tegur saya kalau kalau lepas ni saya ada buat silap . Saya tak harap awak ambil hati atas teguran teguran saya tu tadi , tapi ambil serius dan ambil tindakan , Allah ciptakan mata kita untuk melihat kehadapan bukan kebelakang . Maksudnya , Allah suruh kita menilai untuk mengambil pengajaran atas perkara perkara yang berlaku di depan mata dan disekeliling kita .

Awak , memang tak dapat nak dinafikan . Bukan senang nak ubah sikap . Tapi , cuba letakkan niat nak ubah sikap tu sebab Allah . Sebab nak jadik hamba-Nya yang lebih baik di masa depan . Bukan nak berubah sebab orang sekeliling . Awak , mujahadah tu memang pahit . Tapi , pahit itulah yang kita korbankan untuk manisnya tempat kita kat syurga kelak . InshaAllah . Harap sangat awak dapat berubah . Sebab saya pun sedang istiqamah untuk mujahadah saya jugak .

Maafkan saya kalau selama saya berkawan dengan awak ni , saya banyak lukakan hati awak . Minta maaf sangat sangat . Harap diampunkan silap saya pada awak . Minta halal atas segala yang awak dah berikan pada saya . Terima kasih banyak banyak .

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu . Dan , boleh jadik kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu ."
(al-baqarah)
                                                        

Saturday, July 28, 2012

Harapan

Assalamualaikum .

Sabda Nabi SAW. ada mengatakan bahawa "sabar itu separuh daripada iman" . Tapi , macam mana kita cuba untuk bertahan sekalipun kita tetap manusia biasa yang Allah ciptakan bersama-sama nafsu amarah . Macam mana kita cuba pujuk diri kita supaya sabar sekali pun , meter sabar tu tetap akan turun jugak ikut peredaran masa . Betul tak ? 



Aku happy dengan kawan-kawan baru kat sekolah lama aku tu . Aku happy sebab ada orang yang satu kepala dengan aku , yang boleh belajar sama-sama , yang boleh faham aku yang pelik ni . Tapi , aku ni still 'manusia-biasa-yang-Allah-ciptakan-dengan-nafsu-amarah' tu . 

Aku tahu , dia tu hati kecik . Tak boleh nak kena marah tapi nak buat macam mana lagi . Kawan , aku harap kau dapat dengar nasihat dari orang lain . Sebab , pengalaman setiap orang tu berbeza . Kalau pun yang tukang beri nasihat tu bukanlah orang yang lebih tua dari kita , pengalaman dia mungkin lebih banyak dari kita .

Kawan , belajarlah terima nasihat . Bukannya susah mana pun . Aku takut nanti kau dah menyesal atas apa yang kau dah lakukan . Masa tu dah tak berbaloi langsung sesal kau tu . 

Berubahlah , kawan . Aku sayang kau . Kalau aku tak sayang kau , aku taknak nasihatkan kau .

Thursday, June 7, 2012

Kenyataan .

Assalamualaikum .


" betul ke kau nak stay ni , ngah ? "
" entahlah , mak . doakanlah angah tetap hati . taklah nanti angah susahkan mak pulak "


Hmmm ... senang cerita , aku dah sah jadi  murid SEKOLAH semula . Haha . Cikgu Form 6 aku tu cakap ada bezanya ' pelajar ' dengan ' murid ' tu . Entah apa yang membuatkan keduanya berbeza , aku pun tak berapa pasti . 


Kejap . I'd spot something different in my writing . Macam ... agak formal . Haha . Ni sah pengaruh baca novel banyak sangat . 


Eh , tapi betullah . Ingat tak lagi post aku yang before ni , yang aku cakap aku nak masuk Form 6 tu ? Ha , ingat tak ? Ye , itulah yang aku sibuk nak meng-hapdate blog ni . Aku nak menunjukkan bukti sah yang aku dah jadi MU.RID SE.KO.LAH. Again .




" See ? "
" Oh , I see . "


Ya , jadi aku nekad lepas ni aku nak stay kat Form 6 ni . Tak kiralah apa orang lain cakap . 


" Lah , Form 6 jek ? "
" Hahhaha . Kenapalah kau ni bodoh sangat nak masuk Form 6 tu ? Agak dah tak sangat ke tempat untuk kau ? Haih , kesian aku nengokkan kau . Hahhaha . "


Tak pelah . Aku kira diorang tu semua masih tak tahu kebaikan Form 6 . Sebenarnya , masuk Form 6 ni tak payah nak bayar banyak sangat pun . Cuma kena bayar yuran pendaftaran jek . Kalau korang stay hostel , kena bayar yuran pendaftaran asrama dengan yuran makan jek . Kalau nak beli buku , dapat Baucer 1Malaysia tu . Hah , apa yang susah nya ? Lagipun , masa nak sambung degree nanti budak STPM jugak yang akan diutamakan dulu . Haih , punyalah untung takkan tak nampak lagi . Lagipun , start tahun ni sistem pembelajaran dah tukar . Ikut macam universiti punya cara . Tak bawak semua chapter ke hujung sem , cuma bawak pointer jek ke hujung sem tu . 


Lahai , apa lagi yang nak ? Belajar , ada orang tolong support . Nak masuk uni nanti , diutamakan . Lagi , nak belajar sekarang pun dah dipermudahkan . Apa lagi yang tinggal ?


Apa , kalau dah habis SPM tu memang pantang ke nak balik semula tempat belajar korang dulu ? Apa , memang pantang nak duduk belajar kat SEKOLAH semula ke ? Apa , buruk sangat ke kalau masuk Form 6 tu ? Apa , kau ingat glamour sangat ke kau belajar kat uni tu ? 


Apa ? Apa ? Apa ?


Huh ! 


Kawan-kawan , jadilah manusia yang berguna . Dimana pun korang duduk , menetap , bermastautin ke hapa , tetapkanlah niat korang tu . Niat NAK BELAJAR . 


Nabi pun cakap , kan ?
Innamal a'malu binniyat .
Setiap amalan itu bermula daripada niat .


Jadi , kalau dah sampai hajat nak masuk universiti ke , matrik ke , politeknik ke , Form 6 ke(macam saya ni..hehe) , niatlah nak belajar sungguh-sungguh . Sebab , Malaysia ni kekurangan pekerja yang mahir dan betul-betul berkelayakan . Kalau berkelayakan pun , tak berdedikasi , tak berdisiplin .


Orang dulu-dulu pun ada cakap , kan ?
'kalau nak tengok kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi remajanya pada masa semasa '


Selaku wargenegara yang sah , mestilah kita nak negara kita ni mencapai tahap MAJU GIGA , kan ?


Dah tu , kita-kita ni mestilah kena BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH !


Faham ? Jangan hampakan mak ayah kita .

Sunday, June 3, 2012

Exactly :)

Aku lihat dia di sana 
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara 
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mula bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia , mendekati diriku 
Hatiku rasa sesuatu 
Bila dia senyum pada diriku 
Hatiku rasa tak menentu 

Kekadang hatiku bertanya 
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia 
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku , hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku 
Hatiku rasa tak menentu 
Mungkinkah aku , kan berjumpa dengannya 
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku , kan berdiam diri sahaja
Menunggu cinta darinya

Kuterima satu nota , darimu 
Yang tertulis " Aku suka kamu "
Bila dia mendekati diriku , hatiku rasa sesuatu 
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini , kukan mampu ceria 
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini , aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya 
" AKU SUKA DIA "

p/s: aku rasa yang exactly-nya tu , cuma beberapa baris jek . jangan salah anggap ye :)

Thursday, May 10, 2012

i'm leaving

assalamualaikum . hye , people :)

aku rasa dah lama sangat aku tak update blog nih . jadi , hari terakhir aku kat rumah ni aku nak meng-update kejaplah . kenapa hari terakhir ? aku nak kena daftar Form 6 esok . 


kalau diikutkan , aku sepatutnya daftar hari Selasa . tapi , aku tak dapat nak pergi sebab :
1.mak sibuk dengan program Lesson Study dia kat sekolah .
2. ayah pun kerja jugak .
3. semua barang-barang  yang aku nak guna kat asrama nanti , aku tak beli lagi .  aku rasa ni sebab utamanya :) 

rasa macam sedih jugak sebab dah lebih 4 bulan jadik penghuni setia kat rumah ni tetiba kena blah macam tu jek . semuanya rasa macam datang tiba-tiba . haish , sedih betullah . 

haha . tapikan , aku rasa aku sedih sebab tak dapat nak lepak sensorang kat rumah lagi dan tengok drama Thai yang aku suka sangat tuuuu . drama Rebound To Love yang kat TV3 pukul 9.30 pagi tu lahh . aku tak tahu kenapa aku suka sangat tengok drama tu . pada aku , dalam cerita tu banyak pengajaran yang aku dapat walau pun drama tu hanya fokus pada hubungan antara Nai dan Kaem . 

tapi , aku kesian jugak kat mak tinggal kat rumah dengan along , dengan ayah jek . nanti siapa lagi yang nak temankan dia pergi masjid ? siapa yang nak tolong dia kemaskan rumah ? siapa yang nak teman dia makan ? (nak nangis kejap T.T)

memula tu , aku cakap dengan mak kalau aku dapat tawaran yang upu tu aku nak pergi . tapi dia bantah sebab kata dia , kalau aku masuk Form 6 jimat masa jimat segala . lagipun sekolah yang aku pergi tu sekolah lama aku jadi aku tahu selok belok sekolah tu . senang sikit .

tapi aku cakap dengan dia yang aku dah malas nak duduk asrama . aku nak jugak rasa jadik anak mak kejap , duduk kat rumah bagai . dari Form 1 sampai nak masuk Form 6 ni kena duduk asrama jugak . dah tu , bilanya nak duduk rumah ? lepas ni dah kena sambung degree lepas tu , kerja pulak . pun tak dapat nak duduk rumah.

haish , okay lah . disebabkan aku tak tau nak tulis apa lagi jadi aku pergi dululah .

once again , i'm leaving and this is the farewell from me .





Monday, April 23, 2012

kehadapan http://www.shasha-musiczinmysoul.blogspot.com :) ni , aku baru buat sikit . maaf ;)

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) , baru sahaja diumumkan baru-baru ini . Mungkin ramai dalam kalangan kita yang telah membuat pilihan atau masih membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) , dan tidak kurang juga yang ingin ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) . Tetapi , adakah pilihan yang kita buat bertepatan dengan minat dan pencapaian kita dalam SPM ? Adakah kita begitu pasti dengan pilihan dan tetapan itu ? Sesetengah individu cuma bergantung semata-mata pada keputusan SPM dalam membuat pilihan ini . Namun begitu , sedarkah anda  bahawa minat terhadap suatu subjek itu juga mempengaruhi masa depan kita semua ? Hal ini sedemikian kerana , apa yang kita pelajari semasa berada di  Institut Pengajian Tinggi itulah yang akan kita kerjakan semasa di alam pekerjaan . Cuba kita andaikan , seseorang itu terpaksa mengambil subjek tertentu semasa di IPT dan dia langsung tidak berminat dalam subjek berkenaan , apakah yang akan terjadi kepada pekerjaannya ? Adakah pekerjaannya akan menjadi mudah dan menyeronokkan seperti orang lain yang berminat kepada pekerjaan mereka ? Tentunya tidak , bukan ?

Jadi , kita mestilah memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan pencapaian dan minat kita . Di sini , kami akan memberikan sedikit panduan kepada golongan lepasan SPM di luar sana yang masih tercari-cari atau tidak pasti dengan pilihan yang telah dibuat . Panduan ini juga baik untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan .

Sijil Pengajian Tinggi Malaysia , atau lebih sinonim dengan STPM merupakan salah satu program untuk pelajar lepasan SPM yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia . Pelajar tingkatan lima yang telah menduduki peperiksaan SPM secara automatiknya akan ditawarkan menyertai program ini selagi keputusan peperiksaan SPM mereka memenuhi syarat-syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 . Antara syarat kelayakan kemasukan adalah memperoleh agregat kurang dari 18 , hasil campuran agregat mata pelajaran Matematik dan mana-mana dua subjek Sains seperti Fizik , Kimia dan Sains untuk aliran Sains Tulen . Manakala untuk aliran Seni pula , hasil campuran agregat subjek Matematik dan mana-mana dua subjek SPM yang diambil juga tidak boleh melebihi 18 mata agregat . Program STPM ini merupakan antara jalan singkat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana program ini hanya memerlukan masa selama setahun setengah . Setelah selesai mengikuti program ini , para pelajar layak untuk mengikuti program ijazah pula di IPTA atau IPTS yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara . Pada kebiasaannya , pengambilan pelajar untuk program ini adalah pada bulan Mei . 

Monday, April 2, 2012

self-destructive

self-destructive ? hah , pelikkan kenapa tetiba jek aku cakap pasal menatang ni . tak . self-destructive ni maksudnya macam feeling down  lah jugak . aku nak jadik budak medic jap . hahah ( gelak sensorang kejap ) . 

sejak dua tiga menjak ni , aku ada rasa macam tu sikitlah . kenapa ? 

sebab satu :
keputusan spm aku . mak oi , macam nak terjun laut jek aku rasa . ha ha , punyalah berangan jauh . konon nak jadik macam hlovate , nak study abroad .tak payah nak berangan sangatlah kalau belajar tu pun macam celup biskut marie dalam kopi jek . main aci konon konon jek . patutlah result pun macam hidup segan mati tak mau . 
ye , dah banyak aku membebel . jadi sekarang aku nak bagitahu keputusan-spm-yang-macam-biskut-marie-kena-celup-tadi .

b.melayu A
english A-
math modern A-
physics D
chemist D
sejarah A-
pend. islam A+
add math E
lukisan kejuruteraan C
peng. kej. awam B+

#aku budak sekolah teknik okayh . jap , an error . ex-tech sch .

sebab dua :
pasal hari tu , kawan aku yang dulunya satu kelas dengan aku tapi masa form5 dia dapat next gred , jadi pindah kelas sebelah . pandailah sikit dari aku . kalau tak , takkan dia dapat next gred kan ? 
ni aku nak cerita . hari tu , dia sibuk kepoh dekat fb pasal dia dah dapat temuduga untuk course yang dia mohon dekat uni yang dia nak . lah , bang . aku tahulah yang result kau tu terlebih colours to fly over than mine , tapi ... haish . dahlah , kalau nak berkecik hati pun nak buat apa kan ? baik kita tolong doakan yang terbaik untuk dia . 

#to Fik , aku doakan kau dapat yang very the terbaik untuk kau . dan , lepas tu kau tolong doakan aku pulak ye ;) mekaseh , kawan .

sebab tiga :
banyak betul sebab =="

okayh , sebab yang ketiga . ada suatu hari yang sangat tak diduga , kawan aku text .

Aku : assalamualaikum ;)
Dia : waalaikumussalam . Qilleeeeer !
Aku : eh , asal ni ?
kat mane ?
Dia : otw nak ke melaka . ha ha . nak ikut tak ?
Aku : melaka ? nak . tapi takut ayah marah . haritu , jay dah buat hal .

lepas tu , dia call aku pulak .
Dia : Qiller , cakaplah dengan ayah . ni last meet kot , takkan tak bagik .
Aku : haish , tak de bran lah . takut ayah marah nanti . jay dah buat hal haritu . ayah dah warn dah .
Dia : alaaa , boleh laaaaa . 

kemain lagi dia mengayat , maka , aku pun hmmm ... mencuba . tapi , hasilnya .

mama text aku .
Mama : salam , angah nak pegi ke ikut diorang tu ? ayah cakap angah nak pergi melaka nak jumpa kawan semua .
Aku : ma bagik ke ? ayah ?
Mama : sekarang tengah musim kes culiklah angah . ma bukan taknak bagik . angah paham , kan ?
*menangis semahu mahunya*
Aku : oh , okayh .
Mama : thanks for your understanding .

sebab empat :
okayh , aku janji ni yang last ;)

aku rasa phone aku ni dah dekat tiga empat lima hari tak berbunyi menandakan ada orang text ke , call ke . agak , mana perginya segala member aku yang duk menge-text aku dulu ? dah hilang ? ke , dah tak ingat kawan ? ke , nak kata yang aku-tak-pernah-kawan-dengan-kau-pun ? 
ini ke namanya kawan ? weyh , selama ni , korang ada masalah , aku tolong . kalau aku tak dapat nak tolong settlekan , aku tolong dengarkan . tapi sekarang ? oh , masalah semua dah selesai korang pun off dengan akula ye ? tak pe , aku tahu . siapa jeklah aku ni nak jadi kawan korang kan ? tak layak pun , kan ?
okayh , dah . aku bukan jenis yang asyik nak duk meratap merayu whatsoever . 

#untuk kau , kawan .
aku cuma nak ucapkan bersangat sangat terima kasih pada kau sebab sudi jadi kawan aku , budak yang tak layak nak jadi kawan kau . dan , aku doakan kau sentiasa berbahagia dengan dia walau macam mana pun . pape pun , aku nak cakap jugak yang aku sayang kat korang . once again , thanks ya ;) jaga diri kau , sebab aku dah tak layak nak bergelar kawan kau , nak jaga kau ke hapa .

so , this is the farewell ;)

Thursday, March 15, 2012

aku cuak . kau , tak cuak ke ?

okay , pasal entry ni aku nak cakap pasal result spm yang akan reveal tak lama lagi . tak lama lagi ? ye , tak lama lagi . coming up 21 march which is the next wednesday . dalam seminggu jugaklah . aku nak mintak keputusan aku tu baik baik macam orang yang genius tu , tak delah . sebab aku tahu usaha aku nak mencapai kejayaan 10 A tu tak banyak mana pun . alangkan sampai nak jawab paper tu pun aku main main lagi . 


tapi , kalau nak ditengokkan kejayaan aku yang sebelum ni aku rasa banyak bergantung pada doa mak kau jek . tak banyak yang pada usaha aku sendiri . eh , tapikan aku rasa sangat . rasa sangat sangat yang aku takkan dapat nak capai the perfect 10 tu ( dah macam iklan safi balkis pulak ) , sebab kalau nak tengok sejarah aku sebelum ni , aku memang tak pernah dapat the perfect one . macam upsr aku , aku tak dapat 5A yang macam mak aku harap harapkan sangat tu . tapi adik adik aku aku yakin diorang dapat , dan diorang memang dapat pun . 


okay , ni adik aku . dia muda dua tahun jek daripada aku . sekarang dia form 4 . walaupun dia ni secara sikapnya , kurang memuaskan hati , tapi aku tahu hati dia baik . tu sebab dia ramai kawan . tu sebab dia ramai yang senang . dan , tu sebab dia belajar berkat . dia dapat 5A masa upsr . dia dapat 8A masa pmr . aku tak promote adik aku dekat sini . aku pun sebenarnya jealous dengan dia . aku jealous sebab dia ramai kawan , sebab ramai yang senang dengan dia , sebab dia pandai amek hati mak sekali gus mendapat berkat . 


















                                                           
                                                              hah , ni masa dia amek result pmr .
                                              siap dapat naik stage  lagi . oh , sumpah aku jealuos dengan kau .

okay , aku proceed kepada cerita keputusan spm aku yang bakal keluar tak lama lagi tu . aku ni berangan jek , kalau boleh lah , aku nak dapat 7A / tapi aku rasa untuk spm , 7A tu dah kira genius lah tu kan ? tapi aku tak genius macam kau . jadik , macam mana ? haih , entahlah . aku rasa kan , result aku mesti senagal punya sebab perangai aku makin teruk . apa apa pun , everyone want something good in their life , right ?

 maka , aku pun nak jugak result yang baik . mula mula tu cuak jugak sebab tiap tiap hari aku jenuh ngadap berita nak tahu pasal spm . lepas tu , ada dengar pulak budak post dekat fb yang result keluar 22 mac . ada yang lagi teruk , tak boleh bla punya . budak tu cakap , siap postpone sampai berapa belas april pulak sebab pru . walhal pru tu bulan 6 . ape daa .

dah , aku dah tak tahu nak tulis apa lagi sebab otak aku ni pikir pasal benda lain .
 so , this is the farewell . thanks ;)


o






really mean

dear you , i hope you read this , you get this ,. and you'll never forget this . thanks ;)

i can be tough , i can be strong ,
but with you , it's not like that at all ,
there's a girl , who gives a shit ,
behind this wall , you just walk trough it ,
and i remember all those crazy things you said , 
you left them running trough my head ,
you always there , you're everywhere ,
but right now I WISH YOU WERE HERE .

damn , damn , damn ,
what i do to have you here , here , here 
i wish you were here .
damn , damn , damn ,
what i do to have you near , near , near ,
i wish you were here .

i love the way you are , it's who i am ,
don't have to try hard .
we always say , say like it is ,
and the truth , is what i really miss .

all those crazy things you said ,
 you left them running trough my head ,
you always there , you're everywhere ,
but right now i wish you were here .

damn , damn , damn ,
what i do to have you here , here , here 
i wish you were here .
damn , damn , damn ,
what i do to have you near , near , near ,
i wish you were here .



# i paused it here because i don't want my tears for you . so , this is the farewell . thanks ;)

Friday, March 9, 2012

tak patut .. tak patut ..

well , macam biasalah . aku akan online pepagi buta ni sebab ma dengan along dah pergi sekolah . ayah .. malam tadi beliau tak balik , jadik dia tak de di rumah . okay , ni aku nak cerita sikit pasal anak kucing aku .







okay , ni anak kucingnya . nama dia Omeyy . dia ada lagi seekor sebenarnya , tapi sedihnya dah mati sebab dimakan oleh kucing jantan . sumpah sedih tengok masa tu . habis kucing jantan tu makan , yang tinggal cuma kepala jek . eee , geli pun ada . yang Omeyy ni lah yang mampu bertahan . tapi sampai 4 ke 5 hari celik mata . lepas tu pun mati jugak , disebabkan alasan yang sama jugak . peliklah aku , kenapa kucing jantan tu mesti makan anak dia ? apa dah tak de benda lain ke yang dia dia boleh makan ? kenapa mesti anak dia sendiri ?! dia tahu tak yang aku dengan kakak aku sayang gila dekat anak dia tu ? dia tahu takk ?<--- nak emo kejap .


tapi lepas tu , adalah dalam dua tiga hari lepas tu ayah bawak balik dua ekor anak kucing yang lain . semua sebab along lah , sebab dia kata emaknya Omeyy tu meroyan . asyik mengiau jek .



okay , yang itu emak si Omeyy tu . eh , bukan yang kiri kanan tu tapi yang tengah tengah tu . yang kiri tu adik aku , yang kanan tu kakak aku  yang aku cakap along tadi tu . okay , cerita pasal dua ekor anak kucing yang baru ayah bawak balik tadi . yelah , nama pun anak kucingmanalh aku tahu nak jaga macam mana . ayah ada beli makanan khas untuk kucing tu , tapi dia tak makan pun . ada sekali tu dorang makan , lepas tu kena diarrhea . lepas tu aku cubalah bagik nasik dengan ikan ikan . masa first time tu diorang makanlah jugak , tapi lepas tu diorang tak makan pun . 

dua hari lepas tu , kucing kucing tu pun mengalami diarrhea jugak . tapi lagi teruk , diorang kena muntah muntah . yang berterusan . dipendekkan ceritanya , kedua dua kucing tu dah mati sebab diarrhea dan muntah muntah berterusan , dan masing masing taknak makan panadol seperti yang dicadangkan oleh Dr Nur Farah Aqilah Mohd Tahir . <----- Dr , bakal Dr , insyaAllah .


maaplah Dr Farra Qiela , aku tak dapat nak selamatkan patient kau tu . 
apa apa pun , aku nak ucapkan terima kasihlah dekat kau atas cadangan kau tu . sangat berguna sebenarnya , tapi dia yang refuse to telan panadol tu . hmmmph , sedih aku atas pemergian kedua dua nya .