Sabda Nabi SAW. ada mengatakan bahawa "sabar itu separuh daripada iman" . Tapi , macam mana kita cuba untuk bertahan sekalipun kita tetap manusia biasa yang Allah ciptakan bersama-sama nafsu amarah . Macam mana kita cuba pujuk diri kita supaya sabar sekali pun , meter sabar tu tetap akan turun jugak ikut peredaran masa . Betul tak ?
Aku happy dengan kawan-kawan baru kat sekolah lama aku tu . Aku happy sebab ada orang yang satu kepala dengan aku , yang boleh belajar sama-sama , yang boleh faham aku yang pelik ni . Tapi , aku ni still 'manusia-biasa-yang-Allah-ciptakan-dengan-nafsu-amarah' tu .
Aku tahu , dia tu hati kecik . Tak boleh nak kena marah tapi nak buat macam mana lagi . Kawan , aku harap kau dapat dengar nasihat dari orang lain . Sebab , pengalaman setiap orang tu berbeza . Kalau pun yang tukang beri nasihat tu bukanlah orang yang lebih tua dari kita , pengalaman dia mungkin lebih banyak dari kita .
Kawan , belajarlah terima nasihat . Bukannya susah mana pun . Aku takut nanti kau dah menyesal atas apa yang kau dah lakukan . Masa tu dah tak berbaloi langsung sesal kau tu .
Berubahlah , kawan . Aku sayang kau . Kalau aku tak sayang kau , aku taknak nasihatkan kau .

No comments:
Post a Comment