Wednesday, February 29, 2012

passed

 29.02.2012 ...


hari ni aku ada test kereta dengan JPJ . pepagi buta akak aku dah hantar aku dok depan kedai aunty tu . naseb baik tak lama akun tunggu . aku cuak sebenarnya . yelah , meh kau cakap dekat aku siapa yang tak cuak kalau nak kena pergi test ? alang nak menaghadap final test kat sekolah tu pun dah gigil , apalagi nak kena test dengan JPJ . mau nangis jap lagi .


sebelum nak kena test tu , kitowang kena queue sebab nak ambil masing masing punya dokumen . lepas tu kena tunggu dekat depan bilik JPJ . tang ni pulak nak amek baju yang ada nombor tu dengan amek additional documents . setelah itu , dok tunggu dekat ruang menunggu lah . lama lah jugak nak menunggu tu . elok elok diorang tulis masa kitorang semua ni setat test pukul 8 pagi , tapi aku rasa kitorang setat dalam 8.30 ke gitu . aku selaku calon yang bernombor 7 masa tu , agak cuak lah jugak . tapi aku cover cool jek . kang tak memasal aku yang nangis sebab cuak bebenor . tak ke malu tu ? baik aku cover cool jek . 


test dekat dalam litar ni dia start dengan bukit dulu . tak macam yang kitorang biasa buat masa latihan . kalau masa latihan , kitorang start dengan parking , lepas tu baru 3 penjuru dan last sekali baru lah buat yang part bukit . tapi memandangkan ni test , lain lah sikit . aku cuak tang bukit ni . sebab selalunya kalau aku buat masa latihan , kereta tu mesti ada bunyi macam ni .


" grrrrr . grrrr . grrrrr ."


aunty tu selalu pesan . dia tak bagik aku buat macam tu . tapi nak buat macam mana ? haih . masa test tu , perkara pertama yang aku check kat kereta tu adalah HANDBRAKE dia . haaa , nak test selalu guna kereta baru kan ? jadik , handbrake dia ketak lagi . okay , lepas tu aku kasik check semua . wokeyh , setel . semua okay ! bila pegawai JPJ tu setat jek tiup wisel dia , aku ada gelabah sikit . hilang cool aku jap . tapi aku buat selow selow . tiba kat atas bukit tu , aku ingat uncle cakap aku taku nak tekan minyak . jadik , aku tekan lah sesuka hati aku . kalau gear 1 tak kau mana kan ? dah sampai dekat tengah bukit tu , aku pijak klac sikit . sreeeet ! keluar kepala , tengok tayar . okayh , masuk ! tarik handbrake , pandang muka pegawai tu . dia pun cakap , "jalan ! " alhamdulillah !


tang parking dengan 3 penjuru tu , aku tak risau sangat . aku tahu , aku boleh buat dengan jayanya ! hahak ~ aku nak bangga kejap .  ..... okay , dah .


okay , dah siap semua . aku pergi naik pondok yang ada pegawai tu , kasi sain dokumen . aku tengok dekat situ dah bertanda di kotak LULUS . alu pun apa lagi , sain cepat cepat . alhamdulillah ! dah tu , kena tunggu pegawai yang pergi on the road dengan budak lain . tunggu punya tunggu , tiba tang aku . kenaim beria aku cakap dengan Ah Boy tu yang aku tak mau dengan pegawai perempuan , tapi sekali dapat , pegawai perempuan . haih , dah nasib badan nak buat macam mana ? takkan nak hentak kaki dekat situ , main jerit jerit . " saya tak nak kena test dengan dia ! sayatak nak kena test dengan dia ! "  ada yang kena makan penampar kejap lagi .


seberat langkah , aku pergi jugak . cuak ni , tapi still cover cool . pegawai tu suruh aku jalan , ikut jalan B , jalan yang ikut dekat hospital segamat tu . sepanjang perjalanan ini ..... nak melalak pulak aku ni . tapi sepanjang jalan tu , okay lah . tapi , slack nya tang traffic light . aku rasa dah dua kali aku buat . apa aku buat ? aku kejar timing traffic light tu . masa nak balik tu baru pegawai tu tegur . cuak jugaklah masa dia tegur tu . dia cakap cenggini .


" dik , kenapa awak tak berhenti dekat traffic light tadi ? "
" err , sebab .... hijau lagi tadi . "
" dah 00 dah timing tu tadi akak tengok . hijau lagi ? "
" errr .. ( aku diam aje lepas tu ) "


bila dah sampai tu , kan kena sain lagi satu dokumen yang dekat pegawai tu kan  ? aku tunggu bukan main lama lagi . sebab masa tu dia tengah on call dengan siap entah . lama jugaklah aku bertapa dekat dalam kereta tu . kesian dekat amoy yang tunggu dekat luar kereta tu . menunggu dia buat aku tambah cuak ! macam nak muntah pun ada . haih , nasib baik dia tanda dekat kotak LULUS . alhamdulillah !


dah , tu jek aku nak cerita . untuk korang yang belum test lagi , aku doakan kejayan korang . tapi , jangan lupa doakan aku lulus hari jumaat ni pulak . ada test motor . hehe . mekaseh , kawan . sayang kau !

Monday, February 27, 2012

cuak

okay , hari ni hari isnin . esok , hari selasa . lepas tu hari rabu . hari rabu merupakan hari dimana kau akan diuji oleh JPJ . hah , asal ayat aku kemaen skema lagi . apa apa pun , hari rabu ni aku kene test kereta . lepas tu , hari jumaat aku test motor pulak . aku rasa macam nak nangis pun ada . alah kau , nak kutuk kutuk aku pulak macam budak kecik main nangis nangis . macam lah kau tak pernah . dah , berbalik kepada entry aku ni . aku cuak sebenarnye , yelah . segala test tu cuma selang sehari jek . ape kejam lah orang tu . tapi kan , kalau cepat cepat okay jugak kan ? tak payah lah aku nak cuak sangat sentiasa .

jadik , korang sebagai kawan kawan aku tolong lah doakan aku  . aku tak pandai nak tulis pepanjang . jadik , this is the farewell .


doakan aku ye , kawan kawan . 

Wednesday, February 22, 2012






i let it fall , my heart 
and as it fell , you rose to claim it 
it was dark , and i was over 
until you kissed my lips , and you saved me 
my hands , they were strong 
but my knees were far to weak 
to stand in your arms
without falling to to your feet 
but there's the side to you that i never knew , never knew 
and the things you said that were never true , never true 
and the games you play 
you would always win , always win 


but i set fire to the rain 
watch it pour as i touch your face 
well it burn while i cried 
cause i heard it screaming out your name , your name 
when i lay with you 
i could stay there , close my eyes 
feel you here forever 
you and me together , nothing is better 
cause there's a side to you that i never knew , never knew 
and the things you said that were never true , never true 
and the games you play 
you would always win , always win 


 but i set fire to the rain 

watch it pour as i touch your face 
well it burn while i cried 
cause i heard it screaming out your name , your name
i set fire to the rain 
and threw us into the flame 
and it felt something died 
cause i knew that that was the last time , the last time 
sometimes i woke up by the door 
that heart you caught must be waiting for you 
even now when we're already over 
i can't help myself from looking for you 



 i set fire to the rain 

watch it pour as i touch your face 



well it burn while i cried 
cause i heard it screaming out your name , your name
i set fire to the rain 
and threw us into the flame 
and it felt something died 
cause i knew that that was the last time , the last time


let it burn
let it burn 
let it burn

Friday, February 17, 2012

hari ini .

macam biasalah , aku aku akan cerita pasal recent activities aku sejak dua menjak ni . aktivitinya adalah latihan memandu . okay , pagi ni aku tak de kena marah . alhamdulillah , tak kena marah . kira okay lah sebab aku dah bertekad nak buat sebaik baiknya ! alhamdulillah jugak sebab semangat aku nak belajar dah datang pada aku balik . bersyukur sangat .


pagi tadi , masa latihan memandu yang part on the road aku kena ikut Jalan B . jalan yang kena lalu Hospital Segamat , IOI Bandar Putra ( Segamat yek , bukan yang dekat Kulai tu ) . masa nak masuk dekat simpang tu adalah sebuah perodua kancil meng-highlight dekat aku . eh , tak kenapa pulak nak main highlight highlight ? eh , pehal ni ? aunty tu cakap , maybe ada roadblock . aku pun " oh , okay . " padahal dah takut dah ni . jantung dah macam berdisko kat dalam .


sampai sampai jek kat depan hospital tu , terus kena tahan dengan pegawai JPJ yang ada dekat situ . pulak yang menahan tu muka dia tak boleh nak bengis lagi . takut jugak aku . tapi , agaknya dia nampak kut muka aku yang cuak tu lalu dia pun cakap dengan nada yang rendah sikit . nasib baik aunty tu ada bawak lesen dia nagn lesen L aku tu . kalau tak , alamatnya lingkuplah . 


fyi , aku dah okay sikit bab dekat atas jalan ni . aku dah tak berapa nak takut nak tekan minyak dah . aku dah pandai nak tukar gear tanpa kereta tu tersenggut senggut . hah , dah okay lah tu . pulak tadi aunty tu cakap aku kena test kereta dengan JPJ 29 feb nanti . lepas tu test motor 2 Mac . bagus sangatlah tu . selang sehari jek . 


tapi , doakan aku yek kawan . aku tahu korang baik . tak pe , nanti tiba time korang aku doakan korang pulak . aku cakap betul , aku belajar kereta manual ni untuk belajar ngan test JPJ jek . tak sangguplah . kaki kiri aku kan sakit . kai kiri tu , nak kena tekan klac sampai abih . sakit . walaupun nak memandu tak sampai satu jam tu pun dah sakit , lagikan kalau nak jalan jauh . mahu tanggal kang kaki aku ni .


well , once again . doakan kejayaan aku , kawan kawan . doakan aku lulus test kereta dengan motor sekali . ye , aku tahu aku melampau . tapi sikit jek . nanti aku doakan korang lulus gile pulak . terima kasihlah , kawan sebab tong doakan aku .

Wednesday, February 15, 2012

cubaan berani mati .

okay , semalam aku pergi buat latihan kereta dekat depan rumah jek . aku ajak along teman . memula tu aku cuma nak buat ala ala macam parking jek . dah tu , tak lepas lepas . yeklah , kalau pergi tempat latihan yang real tu kan pakai kereta kancil . dan ler kalau nak masuk petak hat kecik tu . ni pakai iswara aeroback , manalah muat . dah tu , mak aku bising . dia cakap buat macam ni jek .

" kau jalan ke depan , lepas tu kau reverse . hah , ulang macam tu jek . "

mak ni , memanglah orang jalan ke depan . mana pulak orang tu an jalan ke balakang ? pelik jek lah . maka , aku pun hanya berbuat sebegitu . dahlah kaki aku tengah sakit semalam . tang nak sakit semalam tu hat kaki kiri pulak tu . haih , payah payah . along cakap buat macam tu supaya aku dapat mengawal klac dengan lebih baik . oh , macam tu ke ? . oh , okay lah kalau macam tu . sampai masa , aku rehat jap . aku pergilah makan mihun segera yang aku buat sebalum tu . umm , sedap . hahak . nama pun segers , mestilah dia dah siapkan rencah siap siap . dan , rencah tu mesti cukup cukup jek . dan lepas tu , mestilah sedap . okay , itu mengarut .

okay lah . setelah berehat barang sebentar , mak suruh along teman aku try bawak kereta tu . pusing dekat surau yang hanya terletak 100 meter dari rumah aku . dapatlah buat 2 round jek . itupun along dah sibuk beri arahan terjerit jerit . macamlah aku ni nak sangat langgar segala benda tu . sampai jek rumah , along cakap dekat mak .

" huh , cubaan berani mati aku naik kereta dengan angah . terketat ketar kepala lutut aku ni . takut aku ."

tak guna punya along . apa lah dia sibuk cakap macam tu . eleh , macamlah dia tak pernah buat dulu . okay , aku dah penat nak tulis . jadi , here is the farewell .

Monday, February 13, 2012

muhasabah

hari ni semuanya tunggang terbalik . huru hara . aku tak tau lah kenapa dengan aku ni . macam tak dapat nak ingat segala benda macam masa dekat sekolah dulu . kalau dekat sekolah dulu , alhamdulillah lah semuanya boleh ingat . kalau tak semua pun , mesti ada yang ingat jugak kan ? tapi sekarang ni aku tak tau lah kenapa . okay , macam ni ceritanya . pagi tadi seperti biasa aku pergi latihan memandu . biasalah , mula mula sekali kan kena buat parking bla bla bla . yang dalam litar punya dulu . 


mula mula nak buat parking dah salah , dah kena marah marah . orang yang tukang ajar tu pun asyik nak marah jek . aku tak tau lah kenapa . dia cakap , undur sampai nampak 5 tiang jek . ye , itu yang aku buat . tapi dia cakap yang aku salah buat . siap nak marah marah aku segala kat situ . lepas tu dia suruh aku keual balik then buat semula . okay , aku keluar balik . aku buat semula . dah tu , dia cakap salah lagi ! apa masalah dia ? entah ! dah siap parking tu , aku pergi buat yang 3 penjuru punya .


yang tu aku buat betul . dia tak de marah marah . tiba tang bukit , dia marah lagi . hey , baru awal pagi kot tak payahlah nak marah marah sangat . aku ni kalut sikit kalau dah kena marah . yelah , siapa ynag tak kalu kalau tiba tiba dapat tinggi suara ? kalau kau , kau pun kalut kan ? tapi lepas aku buat 3 round latihan dalam litar tu , dah kena halau pergi latihan motor pulak . aku tak puas hati lagi sebab aku buat sangat teruk . tapi dah kena halau , takkan nak stay jek kat situ kan ? maka , aku pun pergilah . tapi , sebelum pergi ke tempat motor tu sempat lagi dia bebel dekat aku . cakap macam nak bagi satu dunia tahu . 


arakian , aku pun berlalu . sampai dekat tempat latihan motor tu aku pun menunggu . punyalah sakit hati pasal dia asyikmarah aku jek pagi tadi , aku boleh jadi penonton setia pulak dekat situ . sebenarnya , aku tunggu motor suzuki yang warna kuning tu . motor tu ringan sikit . senang nak kawal . setelah sejam lebih aku jadi penonton setia tu , maka aku pun dapatlah motor beserta helmet . maka , aku pun memulakan latihan . tapi , tak sampai 3 round , dah kena panggil . dia suruh buat latihan kereta lagi dekat litar belakang . masa tu dah tengah hari dah .


masa tengah duduk dekat belakang tu , aku terfikir . kenapalah hidu aku ni huru hara sejak kebelakangan ni ? maybe sebab , sebab sebab ni kot :


sejak duduk dekat rumah ,
1. aku punya solat dah main celup celup . kalau dulu masa dekat asrama tak sempat nak solat celup celup ni  . sebab ada jek member yang akan ajak pergi solat . kalau bukan dekat surau , dekat dorm pun jadiklah . yang penting solat . ye tak ?
2. aku dah jarang , bukan jarang langsung tak bukak al Quran tu . kalau solat pun celup celup , lagikan nak baca al Quran , nak buat segala yang sunat sunat tu . kalau dulu dekat asrama , paling paling pun adalah baca jugak . kalau tak dalam sehari tu sekali , adalah jugak dalam seminggu tu sekali . jadiklah , daripada tak baca langsung kan ?
3. aku dah tak buat segala solat sunat hajat ke , solat sunat taubat . sama jek , dua dua aku kasi hentam tak buat . kasi tinggal cicir macam tu jek dekat asrama . 
4. kalau masa dekat asrama dulu , aku makan cukup cukup jek . tapi kini setelah duduk dekat rumah ? makan macam apa , tak ingat waktu nak makan pukl berapa . Nabi Muhammad cakap , orang yang kuat makan ni malas . malas dari segala benda . termasuk nak beribadat . dan , orang yang kuat makan ni susah nak dapat ilmu .
5. sejak duduk dekat rumah ni , aku solat makin lambat . aku makin suka pulak nak mengamalkan ilmu qada' solat aku . walhal bukan wajib pun nak main qada' qada' solat ni . tak digalakkan sebenarnya . Allah pun suruh hamba Dia solat di awal waktu . Nabi Muhammad pun cakap jugak . dah tu ?


huh , entahlah . aku tak tau apa yang nak jadik pada aku ni . aku rasa sejak aku habis zaman sekolah ni , aku dah tak de semangat nak belajar tu . bahaya tau kalau kita tak de semangat nak belajar . aku susah hatilah kalau aku takde semangat belajar ni . baik tak payah pergi belajar kalau tak de semangat , kan ? 


jadi aku rasa , selain aku bermuhasabah kejap dekat sini aku kenalah jugak amalkan semula apa yang aku amalkan masa dekat asrama dulu . bukannay nak buat dosa pun , tapi kenapa payah sangat ? begitulah manusia . yang mendatangkan pahala , payah sangat nak buat apatah lagi nak terskan dan nak menokok tambah . kalau tang nak buat dosa tu , wah , kemain laju lagi . tak payah saruh pun tak pe . dia dah tau dah . jadi , berubahlah diri . turn to Allah before yuo return back to Him . repent as soon as you can . ask for His nur , rahmah , taufiq and also hidayah . wishing you the best . jangan terpengaruh dengan segal yang tak tunduk pada Allah .


so , lepas ni "
1. solat selalu . solat diawal waktu . solat sunat ditingkatkan .
2. baca al Quran walaupun sikit sikit . yang penting baca untuk kehidupan .
3. tak payah nak makan bayak banyak . sekadar cuku dahlah . nanti malas nak beribadat .
4. amalkan zikir supaya hati lebih tenang .
5. jangan lupakan al Ma'thurat . baca setiap pagi dan petang . it's a part of zikir and doa .

Friday, February 10, 2012

serba

hari ni semuanya serba tak kena . pagi tadi ada latihan memandu . macam macam kesalahan pulak yang aku baut . sampai aunty yang ajar aku tu pun complain . dia cakap , selalu akku boleh buat , tai harini kenapa macam ni ? masa nak buat parking , aku salah . masa nak buar 3 penjuru , aku salah lagi . masa dekat bukit , salah salah lagi . hey , kenapalah dengan aku ni ? apa pagi tadi tak baca doa nak pergi belajar ke ?

astaghfirullah . sumpah rasa nak nangis masa tu . bukan nak nangis sebab kena marah dengan aunty tu , tapi rasa nak nagis sebab asyik buat salah . pulak tadi aunty tu cakap yang dia nak aku test JPJ hujung bulan ni . mau tak cuak aku . lepas tu , masa nak pergi jalan raya aku buat salah lagi . tapi , masa dah atas jalan tu , aku careful sikit . aku tak nak anuty tu marah aku lagi . sedih ler kalau asyik kena marah jek . mau down aku dibuatnya .

aunty tu cakap , aku ni ada tempat laju . ada tempat perlahan . tapi laju perlahan aku  tu tak kena pada tempat yang sepatutnya . pulak dah . habis tu macam mana nak test hujung bulan ni ? kena banyak latihan lagilah nampaknya . jangan lepas ni lagi banyak salah aku buat dahlah . lagi tambah masalah pulak karang .

well , kawan kawan . doakan kejayaan aku . then , aku doakan korang pulak . 

Thursday, February 9, 2012

rindu

aku rindu lah nak pegi tawaf satu MC ngan Aten Tall . bukan MC jek . kitorang pun tawaf Tesco jugak . huh , best nye masa tu ! yalah , aku kan budak yang jenis kena kurung dekat rumah . mana boleh keluar , nanti kena marah . duduk kat rumah , aku tak pernah keluar dengan kawan kawan aku . yelah , dah mak aku hantar aku pergi sekolah jauh jauh . mana pulak mak aku bagik kalau nak keluar dengan member , kan ? 

sumpah , tak tipu punya ! duduk kat rumah tersangat sangatlah BOSAN . walaupun ada latihan memandu , ada keluar sekali sekala , tetap bosan . sebab , kalau duduk dekat asrama bila bila boleh pergi jalan jalan dengan kawan . mana mana boleh jalan sebab tu kawasan sekolah, selamat . cuma , nanti kena tanya jek lah nak pergi mana , nak buat apa , dengan siapa . sebab warden tak nak budak budak ni dating ( tapi , ada jek yang berdating mating ) .

okay , aku rindu nak balik sekolah semula . aku rindu rutin aku dekat asrama . bangun pagi pukul 6 , lepas tu kalut pergi mandi sebab rasa dah lambat . pergi sekolah pukul 7 pagi , dekat Kenangan tak dapat buat . lepas tu masuk kelas , pukul 8 makan dalam kelas . masa rehat , tidur dalam kelas . bila dah balik sekolah , muka masing masing sememeh jek  sebab dah lapar . 

berebut rebut nak beratur dekat dining . makan kena laju laju sebab lepas tu kena pergi prep . orang lain pergi prep pakai kasut , aku pakai selipar . lepas tu , nampak ustazah , lari sebab tak nak kena bebel . hahak ~ sumpah rindu .

bila aku nak masuk sekolah semula ? aku rindu sangat sangat zaman sekolah aku . 

Saturday, February 4, 2012

err ...

okay , hari ni adalah merupakan hari yang PELIK LAGI MENGGERUNKAN SERTA err .... MALANG ..?
ye , sebegitulah jadi nya . 

okay , tu aje . 

# kepada wanita yang bernama Nurfatin Faizulbahri dan Syafiqah Syahirah Ayub , aku RINDU kau orang ye kawan .

Friday, February 3, 2012

obses . pelik , bukan ?

bercakap mengenai penyakit obses , atau terlalu meminati sesuatu atau seseorang . hahak ~  kadang kadang aku rasa macam lawak pulak . sebab yang aku ingat , sejak kecik aku tak pernah terlampau suka dengan sesuatu . kecuali warna HIJAU . tapi , aku nak share lah apa benda yang berjaya membuatkan aku suka dengan sesuatu tu . sebagai contohnya , ini . Vanila Coklat ini .






okay , cerita ni berjaya membuatkan aku tengok tv tanpa tenok kiri kanan lagi . aku tak tau kenapa . mungkin sebab jalan cerita dia or somethng else . tapi , aku admit . aku memang setia menonton cerita ni . aku suka tengok Zara dengan Amir tu . sweet lah . hahak ~ okay , dah . 

satu lagi yang aku obses walaupun tak teruk seteruk orang lain . tapi , bagi aku . aku rasa tu dah teruklah kalau kau sanggup tengok SETIAP  episog cerita tu .





okay , sampai sini dulu . kenapa ? sebab aku dah tak tau nak tulis apa lagi .

Wednesday, February 1, 2012

alhamdulillah .

alhamdulillah , aku mintak kat ayah Samsung Champ jek . sekali dia balik kerja . gedebuk ! Corby dapat . tak pe lah . aku tak kesah , aku tau ekonomi family aku ni macam mana . aku bukannya anak orang kaya nak mintak macam macam . kalau dah dapat tu , kira okay lah . untung apa , daripada tak dapat ? apa apa pun , ayah , 


TERIMA KASIK BAAAANYAAAAK BAAANYAAAK !


huh , dah lama tak mematahkan  pinggang . err , betulkah istilah tu ? entah . huh ! lega ! selesa kejap . selesa tu pun nikmat dari Allah . bersyukurlah selagi mampu . Alhamdulillah . 


okay , ni cerita lain pulak .pagi tadi aku pergi belajar memandu . mula mula aku kena pergi dekat tempat latihan motosikal dulu . sumpah ! aku tak pernah tahu macam mana nak tunggang moto yang ada gear macam tu . Ya Allah , malu ke tidak . tak . aku cakap betul . aku tak malu sangatlah tadi walau macam mana lintang pukang pun aku bawak moto tu . sebab , aku tau .yang kat situ semuanya tengah belajar lagi . jadi , cuba cari sebab untuk aku malu ? tak de kan ?


lepas tu aku ada latihan kereta pulak . wah , kalau kereta aku okay ! ceh ! kemain bangga lagi . eh , tapi betul apa .kalau kereta tu aku okay lah siked . sebab tak payah nak kena lambai segala . kalau moto nak slow kene lambai . dah macam lambai pakwe aku nengok .tadi uncle yang ajar aku tu , dia ada cakap yang aku ni cepat pick up apa yang dia ajar . hah , okay lah tu . tu pun kira satu lagi nikmat yang Allah kurniakan untuk aku . Alhamdulillah , Ya Allah . moga Kau limpahkan rahmat Mu kepada ku , hambaMu yang terlalu hina ini . aamiin .