Friday, February 17, 2012

hari ini .

macam biasalah , aku aku akan cerita pasal recent activities aku sejak dua menjak ni . aktivitinya adalah latihan memandu . okay , pagi ni aku tak de kena marah . alhamdulillah , tak kena marah . kira okay lah sebab aku dah bertekad nak buat sebaik baiknya ! alhamdulillah jugak sebab semangat aku nak belajar dah datang pada aku balik . bersyukur sangat .


pagi tadi , masa latihan memandu yang part on the road aku kena ikut Jalan B . jalan yang kena lalu Hospital Segamat , IOI Bandar Putra ( Segamat yek , bukan yang dekat Kulai tu ) . masa nak masuk dekat simpang tu adalah sebuah perodua kancil meng-highlight dekat aku . eh , tak kenapa pulak nak main highlight highlight ? eh , pehal ni ? aunty tu cakap , maybe ada roadblock . aku pun " oh , okay . " padahal dah takut dah ni . jantung dah macam berdisko kat dalam .


sampai sampai jek kat depan hospital tu , terus kena tahan dengan pegawai JPJ yang ada dekat situ . pulak yang menahan tu muka dia tak boleh nak bengis lagi . takut jugak aku . tapi , agaknya dia nampak kut muka aku yang cuak tu lalu dia pun cakap dengan nada yang rendah sikit . nasib baik aunty tu ada bawak lesen dia nagn lesen L aku tu . kalau tak , alamatnya lingkuplah . 


fyi , aku dah okay sikit bab dekat atas jalan ni . aku dah tak berapa nak takut nak tekan minyak dah . aku dah pandai nak tukar gear tanpa kereta tu tersenggut senggut . hah , dah okay lah tu . pulak tadi aunty tu cakap aku kena test kereta dengan JPJ 29 feb nanti . lepas tu test motor 2 Mac . bagus sangatlah tu . selang sehari jek . 


tapi , doakan aku yek kawan . aku tahu korang baik . tak pe , nanti tiba time korang aku doakan korang pulak . aku cakap betul , aku belajar kereta manual ni untuk belajar ngan test JPJ jek . tak sangguplah . kaki kiri aku kan sakit . kai kiri tu , nak kena tekan klac sampai abih . sakit . walaupun nak memandu tak sampai satu jam tu pun dah sakit , lagikan kalau nak jalan jauh . mahu tanggal kang kaki aku ni .


well , once again . doakan kejayaan aku , kawan kawan . doakan aku lulus test kereta dengan motor sekali . ye , aku tahu aku melampau . tapi sikit jek . nanti aku doakan korang lulus gile pulak . terima kasihlah , kawan sebab tong doakan aku .

No comments:

Post a Comment