Monday, April 23, 2012

kehadapan http://www.shasha-musiczinmysoul.blogspot.com :) ni , aku baru buat sikit . maaf ;)

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) , baru sahaja diumumkan baru-baru ini . Mungkin ramai dalam kalangan kita yang telah membuat pilihan atau masih membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) , dan tidak kurang juga yang ingin ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) . Tetapi , adakah pilihan yang kita buat bertepatan dengan minat dan pencapaian kita dalam SPM ? Adakah kita begitu pasti dengan pilihan dan tetapan itu ? Sesetengah individu cuma bergantung semata-mata pada keputusan SPM dalam membuat pilihan ini . Namun begitu , sedarkah anda  bahawa minat terhadap suatu subjek itu juga mempengaruhi masa depan kita semua ? Hal ini sedemikian kerana , apa yang kita pelajari semasa berada di  Institut Pengajian Tinggi itulah yang akan kita kerjakan semasa di alam pekerjaan . Cuba kita andaikan , seseorang itu terpaksa mengambil subjek tertentu semasa di IPT dan dia langsung tidak berminat dalam subjek berkenaan , apakah yang akan terjadi kepada pekerjaannya ? Adakah pekerjaannya akan menjadi mudah dan menyeronokkan seperti orang lain yang berminat kepada pekerjaan mereka ? Tentunya tidak , bukan ?

Jadi , kita mestilah memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan pencapaian dan minat kita . Di sini , kami akan memberikan sedikit panduan kepada golongan lepasan SPM di luar sana yang masih tercari-cari atau tidak pasti dengan pilihan yang telah dibuat . Panduan ini juga baik untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan .

Sijil Pengajian Tinggi Malaysia , atau lebih sinonim dengan STPM merupakan salah satu program untuk pelajar lepasan SPM yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia . Pelajar tingkatan lima yang telah menduduki peperiksaan SPM secara automatiknya akan ditawarkan menyertai program ini selagi keputusan peperiksaan SPM mereka memenuhi syarat-syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 . Antara syarat kelayakan kemasukan adalah memperoleh agregat kurang dari 18 , hasil campuran agregat mata pelajaran Matematik dan mana-mana dua subjek Sains seperti Fizik , Kimia dan Sains untuk aliran Sains Tulen . Manakala untuk aliran Seni pula , hasil campuran agregat subjek Matematik dan mana-mana dua subjek SPM yang diambil juga tidak boleh melebihi 18 mata agregat . Program STPM ini merupakan antara jalan singkat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana program ini hanya memerlukan masa selama setahun setengah . Setelah selesai mengikuti program ini , para pelajar layak untuk mengikuti program ijazah pula di IPTA atau IPTS yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara . Pada kebiasaannya , pengambilan pelajar untuk program ini adalah pada bulan Mei . 

No comments:

Post a Comment