Wednesday, February 29, 2012

passed

 29.02.2012 ...


hari ni aku ada test kereta dengan JPJ . pepagi buta akak aku dah hantar aku dok depan kedai aunty tu . naseb baik tak lama akun tunggu . aku cuak sebenarnya . yelah , meh kau cakap dekat aku siapa yang tak cuak kalau nak kena pergi test ? alang nak menaghadap final test kat sekolah tu pun dah gigil , apalagi nak kena test dengan JPJ . mau nangis jap lagi .


sebelum nak kena test tu , kitowang kena queue sebab nak ambil masing masing punya dokumen . lepas tu kena tunggu dekat depan bilik JPJ . tang ni pulak nak amek baju yang ada nombor tu dengan amek additional documents . setelah itu , dok tunggu dekat ruang menunggu lah . lama lah jugak nak menunggu tu . elok elok diorang tulis masa kitorang semua ni setat test pukul 8 pagi , tapi aku rasa kitorang setat dalam 8.30 ke gitu . aku selaku calon yang bernombor 7 masa tu , agak cuak lah jugak . tapi aku cover cool jek . kang tak memasal aku yang nangis sebab cuak bebenor . tak ke malu tu ? baik aku cover cool jek . 


test dekat dalam litar ni dia start dengan bukit dulu . tak macam yang kitorang biasa buat masa latihan . kalau masa latihan , kitorang start dengan parking , lepas tu baru 3 penjuru dan last sekali baru lah buat yang part bukit . tapi memandangkan ni test , lain lah sikit . aku cuak tang bukit ni . sebab selalunya kalau aku buat masa latihan , kereta tu mesti ada bunyi macam ni .


" grrrrr . grrrr . grrrrr ."


aunty tu selalu pesan . dia tak bagik aku buat macam tu . tapi nak buat macam mana ? haih . masa test tu , perkara pertama yang aku check kat kereta tu adalah HANDBRAKE dia . haaa , nak test selalu guna kereta baru kan ? jadik , handbrake dia ketak lagi . okay , lepas tu aku kasik check semua . wokeyh , setel . semua okay ! bila pegawai JPJ tu setat jek tiup wisel dia , aku ada gelabah sikit . hilang cool aku jap . tapi aku buat selow selow . tiba kat atas bukit tu , aku ingat uncle cakap aku taku nak tekan minyak . jadik , aku tekan lah sesuka hati aku . kalau gear 1 tak kau mana kan ? dah sampai dekat tengah bukit tu , aku pijak klac sikit . sreeeet ! keluar kepala , tengok tayar . okayh , masuk ! tarik handbrake , pandang muka pegawai tu . dia pun cakap , "jalan ! " alhamdulillah !


tang parking dengan 3 penjuru tu , aku tak risau sangat . aku tahu , aku boleh buat dengan jayanya ! hahak ~ aku nak bangga kejap .  ..... okay , dah .


okay , dah siap semua . aku pergi naik pondok yang ada pegawai tu , kasi sain dokumen . aku tengok dekat situ dah bertanda di kotak LULUS . alu pun apa lagi , sain cepat cepat . alhamdulillah ! dah tu , kena tunggu pegawai yang pergi on the road dengan budak lain . tunggu punya tunggu , tiba tang aku . kenaim beria aku cakap dengan Ah Boy tu yang aku tak mau dengan pegawai perempuan , tapi sekali dapat , pegawai perempuan . haih , dah nasib badan nak buat macam mana ? takkan nak hentak kaki dekat situ , main jerit jerit . " saya tak nak kena test dengan dia ! sayatak nak kena test dengan dia ! "  ada yang kena makan penampar kejap lagi .


seberat langkah , aku pergi jugak . cuak ni , tapi still cover cool . pegawai tu suruh aku jalan , ikut jalan B , jalan yang ikut dekat hospital segamat tu . sepanjang perjalanan ini ..... nak melalak pulak aku ni . tapi sepanjang jalan tu , okay lah . tapi , slack nya tang traffic light . aku rasa dah dua kali aku buat . apa aku buat ? aku kejar timing traffic light tu . masa nak balik tu baru pegawai tu tegur . cuak jugaklah masa dia tegur tu . dia cakap cenggini .


" dik , kenapa awak tak berhenti dekat traffic light tadi ? "
" err , sebab .... hijau lagi tadi . "
" dah 00 dah timing tu tadi akak tengok . hijau lagi ? "
" errr .. ( aku diam aje lepas tu ) "


bila dah sampai tu , kan kena sain lagi satu dokumen yang dekat pegawai tu kan  ? aku tunggu bukan main lama lagi . sebab masa tu dia tengah on call dengan siap entah . lama jugaklah aku bertapa dekat dalam kereta tu . kesian dekat amoy yang tunggu dekat luar kereta tu . menunggu dia buat aku tambah cuak ! macam nak muntah pun ada . haih , nasib baik dia tanda dekat kotak LULUS . alhamdulillah !


dah , tu jek aku nak cerita . untuk korang yang belum test lagi , aku doakan kejayan korang . tapi , jangan lupa doakan aku lulus hari jumaat ni pulak . ada test motor . hehe . mekaseh , kawan . sayang kau !