Jadi , kita mestilah memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan pencapaian dan minat kita . Di sini , kami akan memberikan sedikit panduan kepada golongan lepasan SPM di luar sana yang masih tercari-cari atau tidak pasti dengan pilihan yang telah dibuat . Panduan ini juga baik untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan .
Sijil Pengajian Tinggi Malaysia , atau lebih sinonim dengan STPM merupakan salah satu program untuk pelajar lepasan SPM yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia . Pelajar tingkatan lima yang telah menduduki peperiksaan SPM secara automatiknya akan ditawarkan menyertai program ini selagi keputusan peperiksaan SPM mereka memenuhi syarat-syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 . Antara syarat kelayakan kemasukan adalah memperoleh agregat kurang dari 18 , hasil campuran agregat mata pelajaran Matematik dan mana-mana dua subjek Sains seperti Fizik , Kimia dan Sains untuk aliran Sains Tulen . Manakala untuk aliran Seni pula , hasil campuran agregat subjek Matematik dan mana-mana dua subjek SPM yang diambil juga tidak boleh melebihi 18 mata agregat . Program STPM ini merupakan antara jalan singkat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana program ini hanya memerlukan masa selama setahun setengah . Setelah selesai mengikuti program ini , para pelajar layak untuk mengikuti program ijazah pula di IPTA atau IPTS yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara . Pada kebiasaannya , pengambilan pelajar untuk program ini adalah pada bulan Mei .