Assalamualaikum .
" betul ke kau nak stay ni , ngah ? "
" entahlah , mak . doakanlah angah tetap hati . taklah nanti angah susahkan mak pulak "
Hmmm ... senang cerita , aku dah sah jadi murid SEKOLAH semula . Haha . Cikgu Form 6 aku tu cakap ada bezanya ' pelajar ' dengan ' murid ' tu . Entah apa yang membuatkan keduanya berbeza , aku pun tak berapa pasti .
Kejap . I'd spot something different in my writing . Macam ... agak formal . Haha . Ni sah pengaruh baca novel banyak sangat .
Eh , tapi betullah . Ingat tak lagi post aku yang before ni , yang aku cakap aku nak masuk Form 6 tu ? Ha , ingat tak ? Ye , itulah yang aku sibuk nak meng-hapdate blog ni . Aku nak menunjukkan bukti sah yang aku dah jadi MU.RID SE.KO.LAH. Again .
" See ? "
" Oh , I see . "
Ya , jadi aku nekad lepas ni aku nak stay kat Form 6 ni . Tak kiralah apa orang lain cakap .
" Lah , Form 6 jek ? "
" Hahhaha . Kenapalah kau ni bodoh sangat nak masuk Form 6 tu ? Agak dah tak sangat ke tempat untuk kau ? Haih , kesian aku nengokkan kau . Hahhaha . "
Tak pelah . Aku kira diorang tu semua masih tak tahu kebaikan Form 6 . Sebenarnya , masuk Form 6 ni tak payah nak bayar banyak sangat pun . Cuma kena bayar yuran pendaftaran jek . Kalau korang stay hostel , kena bayar yuran pendaftaran asrama dengan yuran makan jek . Kalau nak beli buku , dapat Baucer 1Malaysia tu . Hah , apa yang susah nya ? Lagipun , masa nak sambung degree nanti budak STPM jugak yang akan diutamakan dulu . Haih , punyalah untung takkan tak nampak lagi . Lagipun , start tahun ni sistem pembelajaran dah tukar . Ikut macam universiti punya cara . Tak bawak semua chapter ke hujung sem , cuma bawak pointer jek ke hujung sem tu .
Lahai , apa lagi yang nak ? Belajar , ada orang tolong support . Nak masuk uni nanti , diutamakan . Lagi , nak belajar sekarang pun dah dipermudahkan . Apa lagi yang tinggal ?
Apa , kalau dah habis SPM tu memang pantang ke nak balik semula tempat belajar korang dulu ? Apa , memang pantang nak duduk belajar kat SEKOLAH semula ke ? Apa , buruk sangat ke kalau masuk Form 6 tu ? Apa , kau ingat glamour sangat ke kau belajar kat uni tu ?
Apa ? Apa ? Apa ?
Huh !
Kawan-kawan , jadilah manusia yang berguna . Dimana pun korang duduk , menetap , bermastautin ke hapa , tetapkanlah niat korang tu . Niat NAK BELAJAR .
Nabi pun cakap , kan ?
Innamal a'malu binniyat .
Setiap amalan itu bermula daripada niat .
Jadi , kalau dah sampai hajat nak masuk universiti ke , matrik ke , politeknik ke , Form 6 ke(macam saya ni..hehe) , niatlah nak belajar sungguh-sungguh . Sebab , Malaysia ni kekurangan pekerja yang mahir dan betul-betul berkelayakan . Kalau berkelayakan pun , tak berdedikasi , tak berdisiplin .
Orang dulu-dulu pun ada cakap , kan ?
'kalau nak tengok kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi remajanya pada masa semasa '
Selaku wargenegara yang sah , mestilah kita nak negara kita ni mencapai tahap MAJU GIGA , kan ?
Dah tu , kita-kita ni mestilah kena BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH !
Faham ? Jangan hampakan mak ayah kita .
bersemangat aku baca post kaw yg nihh weyh ! huuhu =)
ReplyDeleteHuhu.. Smangat! Smoge same2 la kte bjaye nnti!
ReplyDeletehai syg . gudlak k . bljr jek betoi2 .:)
ReplyDelete